sukan

Komen pengendali Uzbekistan aksi berdepan Malaysia

Reputasi Uzbekistan dalam saingan Piala Asia B-23 menjadikan pasukan dari Asia Tengah itu sebagai antara pasukan pilihan untuk menjuarai edisi 2024 di Qatar.

Justeru, pengendali skuad B-23 Uzbekistan, Timur Kapadze menggesa anak buahnya supaya dapat menjaga ‘air muka’ pasukan dengan memberikan aksi terbaik dalam misi menjulang kejuaraan buat kali kedua selepas 2018.

“Kita menghormati semua pasukan tetapi kita ada sasaran yang konkrit bagi edisi kali ini. Semua pasukan ada peluang untuk menjuarainya dan kami sedar bahawa kami antara pasukan pilihan.

“Pemain sudah bersedia sepenuhnya dan kami mahu memenangi kejuaraan di sini,” kata Kapadze.Sebagai rekod, Uzbekistan hanya selangkah menjulang untuk kejuaraan buat kali kedua pada edisi 2022 di laman sendiri namun mereka dikecewakan Arab Saudi 0-2 pada aksi final di Stadium Miliy, dua tahun lalu.

Dalam masa sama, Kapadze mengakui aksi pertama di mana mereka bakal menentang Malaysia sememangnya perlawanan yang penting kerana ia akan menjadi motivasi untuk meneruskan perjuangan dalam kempen kali ini.

“Sangat penting untuk membuka kempen dengan langkah positif. Kami memiliki banyak pengalaman dan kami akan berikan yang terbaik di atas padang.

sumber:- BH

“Kami bertuah kerana tiada kecederaan dan kami sedia untuk melangkah jauh pada pertandingan ini,” katanya.