sukan

Final berakhir dengan huru-hara

Piala Super Turki berakhir dalam keadaan huru-hara awal pagi tadi hanya selepas 101 saat permainan apabila pemain Fenerbahce melangkah keluar sebaik melepaskan gol awal ketika menentang Galatasaray, yang kemudian diisytiharkan menang dengan keputusan 1-0.

Fenerbahce memutuskan menurunkan pasukan bawah 19 tahun untuk perlawanan itu bagi membantah dakwaan layanan buruk pihak berkuasa bola sepak Turki.

Penyerang Argentina, Mauro Icardi menjaringkan gol pada minit pertama di Stadium Sanliurfa GAP selepas menerima hantaran Barıs Alper Yılmaz.

Barisan pemain Fenerbahce kemudian meninggalkan padang sebelum perlawanan disambung semula.Galatasaray kemudiannya diisytiharkan sebagai pemenang, menyebabkan sambutan lebih awal daripada yang dijangkakan.

Presiden Fenerbahce, Yıldırım Ali Koc dalam satu kenyataan di laman web kelab itu memperincikan dakwaan ketidakadilan berlaku sejak beberapa tahun lalu.

“Sudah tiba masanya untuk ‘set semula’ bola sepak Turki,” kata Koc.

Dua pemain Fenerbahce, İrfan Can Egribayat dan Jayden Oosterwolde, telah digantung satu perlawanan oleh persekutuan bola sepak Turki minggu lalu selepas perlawanan Superlig menentang Trabzonspor.

sumber:- HM

Peminat Trabzonspor telah menceroboh ke arah padang selepas wisel penamat. Sebagai hukuman, Trabzonspor diarah untuk bermain enam perlawanan tanpa penyokong.