Bintang import Kedah Darul Aman, Habib Haroon dijangka menyambut Aidilfitri di Negeri Jelapang Padi kali ini berikutan komitmennya terhadap pasukan baharunya itu.
“Jika diikutkan hari raya Aidilfitri nanti saya mahu pulang ke kampung.
“Namun disebabkan kekangan masa selain perlu mengharungi perlawanan pramusim, saya fikir lebih baik saya menyambutnya di Alor Setar buat kali pertama,” katanya.
“Jika ada rakan sepasukan dapat meluangkan masa, saya mungkin akan menyambutnya bersama mereka,” katanya.Habib mengakui dia menolak beberapa tawaran pasukan lain demi untuk beraksi di bawah kendalian Nafuzi Zain.
Pemain dengan kerakyatan Bahrain berusia 23 tahun itu menegaskan dia tidak merancang untuk kembali beraksi dalam Liga Super tetapi selepas dihubungi Nafuzi dia mengubah fikiran.
sumber:- BH
“Semasa di Bahrain, saya juga mendapat tawaran beberapa kelab lain yang berminat sebelum Nafuzi menghubungi saya. Jadi saya tidak teragak-agak untuk menyahut cabaran kembali ke Malaysia.”