sukan

Perak FC terus mengganas

Perak FC merakam kemenangan kedua dalam perlawanan persahabatan antarabangsa apabila menumpas juara Liga-S, Albirex Niigata FC 3-1 di Stadium Perak, semalam.

Pada perlawanan tersebut, Perak mendahului 1-0 pada separuh pertama melalui jaringan Adilet Kanybekov seawal minit ke-6.

Bagaimanapun, Albirex Niigata berjaya memadam kelebihan itu melalui jaringan Koki Kawachi satu minit selepas babak kedua bersambung.

Namun, Adli Ahmad meletak Perak kembali di hadapan pada minit ke-54 diikuti jaringan penalti Luka Milunovic pada minit ke-73.

Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah memuji kesungguhan anak buahnya dalam perlawanan dengan pencabar kuat itu

“Albirex mengenakan tekanan terhadap kami terutama pada separuh pertama.

“Bagaimanapun pemain Perak menunjuk perwatakan mantap untuk menyerap asakan lawan,” katanya selepas perlawanan.

Tambah Yusri, permukaan padang yang licin akibat hujan juga menyukar lagi pergerakan pemain di atas padang yang ‘berat’.

“Tidak banyak pasukan yang suka bermain di atas permukaan seperti ini.

“Jadi pemain Perak perlu membiasakan keadaan dan menjadikannya sebagai satu kelebihan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih kelab Jepun berpangkalan di Singapura itu, Yoshinaga Kazuaki berkata, pemainnya melakukan banyak kesilapan pada perlawanan itu.

“Kami melakukan banyak kesilapan untuk membolehkan Perak menghukum kami,” katanya.