sukan

Selamat datang Hafizul Hakim

Kuala Lumpur City mengesahkan ketibaan bekas penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim selepas lengkapkan perpindahan dari Harini FT untuk musim 2024/25.

Hafizul Hakim merupakan bekas penjaga gol kebangsaan bagi skuad Malaysia di kempen Piala AFF edisi 2018 di mana Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada Vietnam dengan agregat 2-3.

Mengenai perpindahan Hafizul, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam ada memuat naik satu hantaran di aplikasi ‘X’ malam tadi tentang perkhabaran itu.

sumber:- SA

Selain Harini FT, penjaga gol berusia 30 tahun ini sebelum ini pernah beraksi untuk Penang FC (2022), Perak FC (2016-2021) dan juga Melaka United pada musim 2015.