sukan

Pemecatan Branko rahmat buat Malaysia akhiri badi 24 tahun

Pemecatan Branko Ivankovic selaku pengendali Oman selepas kempen mengecewakan di Piala Asia 2023 dianggap sebagai ‘rahmat’ buat skuad negara selepas melihat pasukan itu bakal terumbang-ambing tanpa jurulatih bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Bagaimanapun, situasi berubah selepas Oman kini memiliki kelebihan apabila melantik bekas pengendali Republik Czech, Jaroslav Silhavy untuk menggantikan kekosongan ditinggalkan Ivankovic.

Kini Oman dianggap menjadi pasukan penuh ‘misteri’ sekali gus memberi cabaran besar buat barisan kejurulatihan Harimau Malaya untuk mencongak percaturan Silhavy untuk menyusun perancangan bagi aksi pertamanya berdepan Malaysia, Jumaat ini.

Kemasukan Silhavy jelas menyaksikan keputusan lampau tidak lagi menjadi ukuran dan ‘new manager bounce’ mungkin menjadi antara faktor yang dapat membantu Silhavy meraih penampilan positifnya bersama Oman.

Perkara ini sebenarnya sering berlaku dalam dunia bola sepak di mana pasukan yang menukar pengurus ataupun jurulatih akan secara tiba-tiba menikmati ‘lonjakan prestasi’ dan tidak mustahil situasi sama akan berlaku ke atas Oman.

Percaturan lebih segar, kekurangan maklumat yang didedahkan kepada pasukan lawan serta semangat pemain untuk membuktikan sesuatu kepada pengendali baharu menjadi antara inti pati untuk pertembungan menentang Malaysia di Muscat.

dan satu keputusan seri sementara Oman unggul dalam tiga pertembungan namun menariknya, ini pertembungan pertama kedua-dua pasukan di kempen Kelayakan Piala Dunia.

Kali terakhir skuad negara menang ke atas Oman adalah 24 tahun lalu iaitu pada aksi Kejohanan Merdeka menerusi kemenangan 2-0 namun pertembungan terakhir menyaksikan skuad negara dibelasah Oman 0-6.

Jika melihat kepada senarai pemain, ada beberapa pemain yang seharusnya menjadi tumpuan skuad negara yang dilihat hilang sedikit kelebihan memandangkan belum berada dalam ‘mode’ kompetitif susulan aksi domestik belum bermula.

Liga Profesional Oman pula sudahpun bermula dan ini memberikan persiapan yang sempurna buat pasukan di ranking ke-80 dunia itu yang pasti tidak mahu selain tiga mata daripada aksi di tempat sendiri.

Beberapa pemain yang wajar diperhatikan jika jumlah gol menjadi tanda aras berdasarkan laman transfermarkt antaranya Mohsin al Ghassani yang sudah meledak enam gol dalam liga selain Esam al Subhi dengan empat gol.

sumber:- BH

Salah al Yahyaee pula menyumbat empat gol bersama Al-Seeb setakat ini sementara rakan seperjuangan Salah di Al-Seeb, Abdulaziz al Maqbali pula mencetak tiga gol.