sukan

Hon Jian-Haikal ubat kekecewaan Malaysia di All England dengan kejuaraan

Beregu muda negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri- menghadiahkan khabar gembira apabila muncul juara Masters Orleans di Perancis awal pagi tadi.

Ia adalah gelaran ketiga Haikal-Hon Jian dalam saingan Jelajah Dunia BWF.

Kejayaan itu juga sedikit sebanyak mengubati kekecewaan penyokong badminton negara selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di pentas akhir Seluruh England.

Haikal-Hon Jian yang diletakkan sebagai pilihan keempat itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan dalam pertarungan tiga set ke atas lawan dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi 21-15, 18-21, 21-14 pada aksi final di Palais des sports.

Ini adalah gelaran pertama buat Haikal-Hon Jian dalam Jelajah Dunia BWF musim ini dan yang ketiga keseluruhan sejak digandingkan pada Ogos tahun lalu.

Related Post

Mereka sebelum ini turut menjuarai Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi dan Masters Guwahati di India pada Disember tahun lalu.

Kemenangan itu pastinya menggembirakan Haikal yang sebelum ini pernah melangkah ke final Masters Orleans pada edisi 2022 tetapi bersama Wan Arif Wan Junaidi.

sumber:- HM

Bagaimanapun, mereka terpaksa menarik diri daripada aksi final dan berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas Haikal diuji positif Covid-19.