sukan

Saya boleh katakan semua malang — Faisal Halim

Hari keempat kem latihan pusat skuad kebangsaan menjelang perlawanan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Oman kekal dengan kelibat 23 pemain ketika ini.

Penyerang negara, Faisal Halim memberi pandangan mengenai ketiadaan aksi kompetitif untuk pemain negara dalam menghadapi pusingan kelayakan itu.

“Sudah tentu sukar selepas tiada perlawanan kompetitif menjelang saingan kelayakan berdepan Oman. Namun kami perlu sentiasa bersedia. Saya boleh katakan semua pemain dalam pasukan ini sedikit malang kerana telah menjalani latihan yang sangat agresif.

“Ketika ini, kami mengejar bagi mendapatkan tahap kecergasan menghadapi perlawanan. Kami memahami apa yang telah diatur Kim Pan-gon dalam usaha untuk mendapatkan keputusan yang positif.

sumber:- SA

“Sudah tentu kemenangan amat penting kerana ia memastikan kami layak ke peringkat berikutnya, kami tidak mahu mengharungi jalan sukar dalam saingan ini.”