sukan

Manis tapi pahit untuk Liverpool

Kapten Liverpool, Virgil van Dijk berkata keputusan seri 1-1 menentang Manchester City, yang menyebabkan tiga pasukan dipisahkan dengan hanya satu mata di puncak Liga Perdana, adalah “sesuatu yang manis dan pahit” bagi The Reds yang sudah kehabisan tenaga.

Pada pertembungan terakhir Jurgen Klopp dalam Liga Perdana menentang Pep Guardiola, Liverpool ketinggalan pada separuh masa pertama apabila John Stones meledak gol yang bermula dari sepakan sudut, Kevin De Bruyne.

Tetapi tuan rumah bangkit kembali pada babak kedua selepas Alexis Mac Allister menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Walaupun kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan, Liverpool terlepas banyak peluang untuk membuka kelebihan empat mata ke atas City, yang menyasarkan untuk menjadi pasukan pertama yang pernah memenangi empat kejuaraan liga utama Inggeris berturut-turut.

“Kami mempunyai peluang yang sangat baik, malangnya kami tidak boleh mendapatkan kemenangan tetapi secara keseluruhannya ia amat mengecewakan,” kata Van Dijk kepada Sky Sports.

“Berdasarkan separuh masa kedua anda rasa kami sepatutnya memenanginya, tetapi bola terkena tiang. Ia terlalu hampir.

“Manchester City berjaya dengan gelaran yang mereka menangi dan setiap perlawanan menentang satu sama lain itu sangat sengit.

“Setiap perlawanan sangat sukar, mereka mempunyai kualiti di seluruh padang dan itulah sebabnya mereka memenangi treble tahun lalu. Saya menghormati itu tetapi matlamat kami hari ini adalah untuk memenangi perlawanan namun kami gagal.

sumber:- HM

“Untuk mendapatkan satu mata bukanlah situasi yang buruk dan kami perlu fokus pada perkara seterusnya. Kami hanya perlu menikmati perjalanan.”