Terengganu dilabel pasukan tumpuan Liga Malaysia musim ini berdasarkan pembentukan skuad lebih ampuh dengan naib juara Piala Malaysia berkenaan kelihatan dibarisi pemain berkualiti.
Ia melibatkan pemain tempatan dan import yang menyaksikan kombinasi pemain lama dan baru pasukan itu dicanang mampu memacu Sang Penyu berdasarkan reputasi masing-masing.
Mereka memiliki pemain import baru berkualiti, iaitu Ismahil Akinade, yang tiba daripada Kelantan United, selain pertahanan baru, Matthew Steenvoorden, dan bekas bintang Kuala Lumpur City, Akram Mahinan.
Jelas Terengganu memiliki kedalaman skuad yang lebih baik berbanding musim lalu apabila setiap posisi kini lengkap dengan tiga lapisan pemain.
Ini ditambah dengan kematangan pemain muda seperti pertahanan, Safwan Mazlan dan Ubaidullah Shamsul Fazili, tatkala Syafik Ismail dan Hairiey Hakim juga sudah bebas daripada kecederaan.
“Saya tidak boleh memberikan sebarang jaminan kepada mana-mana pemain untuk berada dalam kesebelasan utama,” kata ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner.
“Mereka perlu layak berada di sana. Dalam latihan dan dalam perlawanan.”Musim lalu, kami menghadapi banyak kejohanan dan ada ketika ramai pemain mengalami masalah dan terpaksa direhatkan.
“Apabila setiap posisi memiliki pemain tetap, dan ada pemain bagus yang boleh mengambil tempat mereka, mereka akan bermain dengan lebih bagus dan tidak berasa selesa dalam setiap latihan.
sumber:- SA
“Itulah yang kami sasarkan, di mana ada dua pemain yang bagus dalam setiap posisi dan mereka perlu berebut posisi dalam pasukan. Harap-harap ia akan meningkatkan pasukan kami,” katanya.