sukan

Jurangnya sangat kecil — Erik ten Hag

Erik ten Hag menegaskan bahawa jurang di antara Manchester United dan Manchester City adalah sangat kecil selepas pertembungan ‘derby; di Etihad, awal pagi tadi.

The Red Devils hanya melakukan satu percubaan ke gawang sambil pasukan kendalian Pep Guardiola itu pula dipaksa bangkit daripada ketinggalan untuk memastikan kemenangan 3-1.

Ten Hag kehilangan empat daripada lima perlawanan derby Manchester sebagai pengurus United, namun pengurus dari Belanda itu menegaskan bahawa prestasi barisannya tidak terlalu jauh di belakang seteru kota berkenaan.

Ditanya sama ada kekalahan itu mengingatkannya mengenai jurang di antara United dan City, Ten Hag berkata: ‘Tidak, saya tidak fikir begitu, sama sekali tidak.

“Ketika ini kami mempunyai banyak masalah kecederaan dan kami masih mempunyai peluang. Jurangnya sangat kecil.”Kami mampu menjaringkan gol kedua. Kami sepatutnya meledak gol kedua pada saat dan dalam insiden kedua yang boleh dipertikaikan.

“Anda dapat lihat ia tidaklah begitu besar. Apabila semua pemain kami bersedia, kami boleh menjadi sangat kompetitif dan juga kami membuktikannya dalam perlawanan terakhir menentang mereka dalam Piala FA apabila ia boleh menjadi sangat sengit.

sumber:- SA

“Begitupun, jangan lupa ini, City adalah yang pada masa ini merupakan kelab terbaik di dunia.”