sukan

“Saya nafikan, dan semua tak betul”

Dakwaan segelintir pihak mengenai lambakan pemain berdarah warisan di luar negara khususnya di Eropah hanyalah sebuah cerita dongeng yang disensasikan portal tidak bertanggungjawab untuk kepentingan peribadi.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, pihaknya sudah membuat semakan dan beliau mengesahkan dakwaan mengenai calon warisan yang digembar gemburkan tidak berasas.

Malah, beliau menafikan kaitan pemain-pemain terbabit dengan Malaysia dan menjelaskan FAM kini dalam rangka memperkukuhkan pembangunan akar umbi agar dapat melahirkan lebih ramao pemain tempatan berkualiti untuk jangka masa panjang.

“Saya dah bermesyuarat minggu lalu dengan KPG (Kim Pan-gon jurulatih kebangsaan) tak ada pun kita buat ‘scouting’, tapi ada sesetengah portal yang cuba menggunakan nama FAM, untuk kata seolah pasukan kita nakkan lagi pemain naturalisasi (warisan) ini semua, buat setakat ini tak ada.

“Dan makkumat daripada pegawai saya bagi tahu, beberapa pemain itu semuanya tak boleh kerana mereka bukan orang Malaysia. Jadi itu semua banyaknya ‘fake’.

“Saya ingat tak perlu nak ambil kira benda itu dan saya nafikan itu semua. Kita pun tak beria sangat.

“Saya pun dah tekankan dengan jurulatih dan barisan jurulatih di peringkat pembangunan untuk mengukuhkan pemain tempatan kita, untuk kita lahirkan lebih banyak lagi pemain tempatan untuk di peringkat umur,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu pelbagai khabar angin timbul terutamanya daripada beberapa portal termasuk di laman TikTok yang mendakwa terdapat beberapa pemain di Eropah khususnya di England memiliki darah Malaysia, sekali gus membolehkan pemain terbabit menyarung jersi Harimau Malaya.

sumber:- HM

Ketika ini, sebahagian besar kekuaran pasukan negara adalah hasil sumbangan pemain berdarah kacukan seperti Brendan Gan, Stuart Wilkin, Corbin Ong, Darren Lok, Matthew Davies, Dominic Tan dan ramai lagi.