PEMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka terus mendominasi skuad Harimau Malaya untuk mengharungi kempen Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan.
Walaupun ada yang mendakwa kekuatan kewangan JDT membolehkan kelab itu merekrut pemain berkelas kebangsaan, namun pasukan lain tidak wajar ‘lepas tangan’, sebaliknya perlu memberi lebih banyak pilihan kepada pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon.
Pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim tidak timbul isu cemburu apabila ramai pemain Harimau Selatan mendapat panggilan skuad kebangsaan kerana realitinya JDT sudah mampu menyediakan ‘bahan mentah’ terbaik bagi dipadankan dengan resipi Pan-gon.
“Marah macam mana sekali pun kita kena terima hakikat, teknologi JDT dari segi latihan memang bagus dan boleh dikatakan taraf fasiliti atau peralatan mereka lebih tinggi daripada pasukan kebangsaan.
“Nak kuatkan pasukan kebangsaan mestilah datang daripada pemain yang dibangunkan atau dilatih oleh kelab. Kalau kelab latih dengan baik dan teknologi yang bagus, ia akan membantu pasukan kebangsaan.
“Sebab itu mereka semua banyak diambil dari JDT. Bagusnya Terengganu juga ada kestabilan, mampu bayar pemain yang tetap bersemangat walaupun gaji tak sebesar pemain JDT,” katanya.
Daripada senarai 26 pemain ke Piala Asia di Qatar baru-baru ini, separuh skuad kendalian Pan-gon hadir daripada skuad Harimau Selatan.
Bulan depan, Harimau Malaya akan meneruskan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan dijadualkan bertemu pasukan ke-80 dunia, Oman bermula aksi di tempat lawan pada 22 Mac ini.
Kemudian pasukan kebangsaan ak
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More