sukan

10 gol Luqman di jepun

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tekad untuk memberikan yang terbaik bersama pasukan baharunya, Yokohama SCC.

Bakal beraksi dalam saingan divisyen tiga Jepun, bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu menyasarkan untuk meledak sekurang-kurangnya 10 gol pada musim ini.

“Saya tidak tahu, mungkin saya akan (bantu pasukan) sebanyak mungkin. Mungkin 10 gol dan saya akan cuba buat yang terbaik,” kata Luqman menerusi satu video di laman Instagram pasukan itu.

Dalam masa sama, Luqman juga teruja untuk bersama pasukan itu dan menyifatkan pasukan itu memiliki jersi yang menarik.

“Ini kali pertama saya memakai jersi berwarna biru. Ini jersi yang cantik dan rekaannya sangat ringkas,” katanya.

sumber:- BH

Sebagai rekod, Luqman sebelum ini pernah berhijrah ke kelab Iceland, Njardvik FC juga secara pinjaman sebelum kembali semula bersama KV Kortrijk.