sukan

‘Messi Jordan’ curi perhatian

Tidak ramai yang akan memilih pemain Jordan, Musa Al-Taamari sebagai pemain hebat di Piala Asia Qatar, tetapi penyerang lincah itu berjaya membantu negaranya mara ke final buat pertama kali.

Jordan mara ke pusingan kalah mati sebagai salah satu daripada empat pasukan tangga ketiga terbaik tetapi mula menyerlah di peringkat 16 terakhir dengan pemain sayap Montpellier itu menerajui jentera serangan mereka.

Dalam kejohanan yang lebih memberi tumpuan kepada bintang Liga Perdana Inggeris seperti Son Heung-min dan rakan sepasukan Korea Selatan, Lee Kang-in yang beraksi bersama Paris Saint-Germain, Al-Taamari tampil mencuri tumpuan dengan kemenangan di separuh akhir.

Kelincahan Al-Taamari berjaya memerangkap pertahanan Korea Selatan dan dia membantu gol pertama Jordan dan meledak gol kedua pasukannya untuk kemenangan 2-0.

Dia turut digelar ‘Messi Jordan’ kerana kemahirannya di atas padang Al-Taamari terus berkembang bersama skuad kebangsaan yang dikendali Hussein Ammouta.

“Jurulatih menerapkan disiplin taktikal dalam diri kami. Dia memberikan kami keyakinan, kami menghormati Korea Selatan tetapi kami mula memberi tekanan dari saat pertama.