sukan

Import terbaharu JDT bukan biasa-biasa

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat seorang pemain import dari Itali, Nicolao Cardoso, yang mampu mengisi bahagian sayap kiri dan serangan.

Skuad Harimau Selatan sebelum ini mengesahkan akan mengekalkan khidmat Fernando Forestieri sementara Hector Bidoglio kembali dilantik sebagai pengendali.

Dia pernah menyumbangkan dua jaringan dalam sembilan penampilan bersama skuad Itali B-20 iaitu ke atas Jerman pada 2010 selain menyertai kelab utama Serie A seperti Empoli dan Napoli.

Dia tampil dalam sembilan perlawanan untuk Buriram United dengan melakukan dua penampilan dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan mencetak satu gol dalam Piala Liga Thai.