sukan

Piala Asia : Keputusan Aksi Pusingan kalah mati Thailand-Uzbekistan

Uzbekistan mara ke suku akhir Piala Asia 2023 selepas menewaskan Thailand 2-1 pada aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Al Janoub, sebentar tadi.

Pencapaian layak ke suku akhir Piala 2023 membolehkan Uzbekistan memperbaiki edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas mereka terkandas di tangan Australia pada pusingan 16 terbaik.

Keputusan itu turut menyaksikan tiada lagi wakil ASEAN di pentas Piala Asia 2023 selepas Indonesia juga tersingkir di pusingan 16 terbaik di tangan Australia sementara Vietnam dan Malaysia masing-masing pulang awal.

sumber:- BH

Pada aksi ini juga, pengadil elit negara, Muhammad Nazmi Nasaruddin diberi kepercayaan untuk mengendalikan pertembungan ini sambil dibantu dua pembantu pengadil negara, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid.