sukan

“Kecuali JDT dan Selangor ” FC — Faisal Halim

Pemain sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim akui elemen kepantasan dalam setiap gerakan sama ada bertahan mahupun menyerang antara perkara yang perlu diatasi segera khususnya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Katanya, kesemua pasukan di Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar memperagakan corak permainan pantas yang sebenarnya bermula di saingan liga domestik negara masing-masing.

Menurutnya, apabila tahap liga tempatan berjaya ditingkatkan ia secara tidak langsung memberi impak ‘domino’ atau kesan langsung kepada persembahan skuad kebangsaan sekali gus mampu bersaing di pentas antarabangsa.

Ujarnya lagi, di Liga M hanya dua pasukan dilihat mengamalkan corak permainan berintensiti tinggi iaitu juara 10 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor FC.

“Kita perlu corak permainan yang lebih laju macam di sini (Piala Asia). Apabila kita bermain di peringkat antarabangsa semuanya laju dan cepat dengan pemain lawan datang beri tekanan tinggi dengan sekali datang tiga pemain dibelakang.

“Tapi di liga kita tidak seperti itu kerana ia lebih perlahan dan tak banyak pasukan yang bermain dengan corak permainan intensiti tinggi kecuali JDT dan Selangor FC,” katanya.

Jelasnya, bola sepak negara masih ketinggalan tapi turut mengakui sudah ada peningkatan positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sementara itu, Faisal menegaskan fokus skuad Harimau Malaya selepas ini adalah Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 pada bulan Mac depan.

“Saya harap kita dapat teruskan momentum dengan Korea Selatan ini di kelayakan pula, dan saya yakin kita boleh harungi,” katanya.

sumber:- HM

Pada kempen Piala Asia di Qatar, anak didik Kim Pan-gon gagal melepasi peringkat kumpulan selepas tumbang 0-4 dan 0-1 di tangan Jordan dan Bahrain, namun tampil dengan aksi memukau di perlawanan terakhir Kumpulan E apabila mengikat Korea Selatan 3-3.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago