sukan

Saya sudah jumpa jawapan — Faisal Halim

“Ini kalau saya balik rumah esok ini, confirm dia (anak) pula ‘siuuuu’ kat saya…..”

Itu kata Faisal Halim yang sudah memiliki jawapan sekira anaknya bertanya mengenai keputusan perlawanan skuad negara bertemu Korea Selatan.

Jelas Faisal, dia menghadiahkan gol pertama ke atas Korea buat anaknya dan penyokong setia Harimau Malaya.

“Siapa-siapa nak buat boleh (keraian jaringan siuuu), tapi memang rakyat Malaysia dah tahukan Mickey (nama panggilannya) kalau gol buat macam mana.

“Saya cuma bagi mereka gembira dan nak mereka semangat kat sini (di Doha) sebab kita dah tak layak.

“Sedih mereka datang jauh, jadi ini adalah satu kenangan untuk mereka banggakan juga,” katanya selepas kejayaan mengikat Korea 3-3 di Stadium Al Janoub, di sini.

Faisal meledak gol pertama negara pada minit 51 dan seperti biasa, dia meraikannya dengan gaya biasanya ‘siuuuu’.

sumber:- HM

Ketika meraikan gol itu, ribuan penyokong termasuk dari Korea Selatan turut menyebut ‘siuuuu’ dan jeritan itu bergema seluruh stadium.