sukan

“Saya harap hari ini pun sudah OK” — Ng Tze Yong

Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, tiada pilihan melainkan perlu bekerja lebih keras untuk ke Sukan Olimpik Paris walaupun mengakui sudah turun ke gelanggang.

Dia sekadar menjalani latihan ringan pada minggu lalu dan semalam, dia mula meningkatkan intensiti latihannya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, sejak dibelenggu kecederaan belakang badan dalam Terbuka Malaysia, awal bulan ini.

“Saya belum dapat menjalani latihan penuh, jadi saya belum pasti sama ada sudah sembuh sepenuhnya atau tidak
“Tadi tiada rasa sakit tapi saya belum pasti akan kembali (dalam masa terdekat),” katanya hari ini.

Begitupun, Tze Yong mengelak daripada memberi tekanan kepada dirinya sendiri biarpun ia boleh menggugat kelayakannya ke Sukan Olimpik Paris, malah belum pasti akan menyertai Terbuka Thailand pada pertengahan Mei depan.

sumber:- SA

“Saya harap hari ini pun sudah OK.”Tapi saya tidak mahu terburu-buru, takut tercedera semula yang mungkin akan mengetepikan saya lebih lama.”Saya akan terlepas beberapa kejohanan jadi saya perlu bekerja keras,” katanya.