sukan

Makin ramai pemain kacukan muncul termasuk bekas pemain Manchester United

Skuad Harimau Malaya tidak akan ketandusan pemain kacukan yang beraksi di luar negara dengan terbaharu beberapa tonggak berdarah campuran dikesan boleh menyarung jersi pasukan kebangsaan kelak.

Bekas pemain muda Manchester United yang kini beraksi bersama kelab divisyen tiga England, Port Vale iaitu Thomas Roy Sang berkelayakan untuk diserap bagi memperkuatkan lagi pasukan kebangsaan pada perlawanan akan datang.

Dalam satu hantaran di laman Instagram pencari bakat, Frfuturetalents, Thomas Roy Sang atau Tom Sang dikatakan mempunyai pertalian darah Malaysia melalui datuknya.

Berdasarkan kepada maklumat yang dinyatakan itu, ayah Tom Sang iaitu Neil Sang adalah bekas pemain profesional di England.”Thomas Roy Sang dilahirkan di Liverpool, United Kingdom. Dia mempunyai keturunan Malaysia melalui datuk dan neneknya.

Bapanya ialah Neil Sang, bekas pemain bola sepak profesional di England,” dedah Frfuturetalents.

Baru berusia 24 tahun, Tom Sang adalah pemain utama bagi kelab Port Vale dan mampu beraksi di pelbagai posisi seperti pertahanan kanan, pertahanan tengah, sayap kanan dan posisi tengah bertahan.

Untuk rekod, Tom Sang sudah beraksi dalam 32 perlawanan untuk Port Vale musim ini dan menyumbang empat bantuan gol.

Sementara itu, Frfuturetalents turut menjelaskan bahawa seorang lagi pemain berdarah campuran berusia 19 tahun Jason Van Duiven berpangkalan di Belanda turut boleh diserap dalam skuad muda negara.

“Berketinggian 1.75 meter, beraksi di posisi penyerang untuk kelab liga utama Belanda (Eredivisie), iaitu Almere City yang dipinjamkan dari PSV Eindhoven.

“Ketika ini, beliau melakukan dua penampilan bersama kelab itu selepas ‘debut’nya di liga berkenaan pada hujung minggu lalu.

“Dia mempunyai darah Malaysia melalui neneknya dan turut berpeluang menyarung jersi kebangsaan Belanda.

sumber:- HM

“Adiknya, Robin Van Duiven (18 tahun, PSV Eindhoven) dan sepupunya, Diego Van Oorschot (19 tahun, Heracles Almelo) turut beraksi di posisi penyerang,” katanya.