sukan

JDT dan Fernando Forestieri sah buat “U-Turn”

Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Fernando Forestieri akan kekal bersama pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024-25.

Ketua pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan berasama Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bersama dirinya dan Forestieri selain turut memaklumkan akan ada tiga pemain antarabangsa baru menyertai mereka musim ini.

“Berikutan perbincangan bersama pemilik kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Fernando Forestieri dan saya sendiri, penyerang tersebut akan kekal dalam skuad Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim serta tiga pemain antarabangsa baharu akan mengukuhkan pasukan secara strategik di beberapa posisi untuk musim 2024-25,” katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan Johor Southern Tigers.

Sumber:- SA

Sebagai rekod, JDT dalam satu kenyataan pada 7 Januari lalu mengumumkan bahawa Forestieri sah dilepaskan bagi musim 2024-25.