sukan

“Satu permulaan yang baik ” — Zii Jia

Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia melihat kejayaan mara ke suku akhir di Terbuka India adalah satu permulaan yang baik untuk dirinya jika hendak dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Jelas Zii Jia, ada peningkatan dari segi prestasi dan keputusan selepas dua kejohanan yang disertai tahun ini.

“Satu permulaan yang baik dan ini suku akhir pertama dan ia permulaan yang agak mencabar. Tahun lalu kalau saya tidak silap suku akhir pertama saya di kejohanan Seluruh England dan selepas itu sering kalah di pusingan pertama dan kedua.

“Ini kejohanan kedua (Terbuka India) dan saya berjaya mara sehingga ke suku akhir. Bagi saya ini satu yang positif dalam usaha meningkatkan lagi prestasi saya,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat perlawanan suku akhir semalam.

Pada masa sama, Zii Jia turut mengakui melakukan beberapa kesilapan ketika berdepan pilihan kedua kejohanan dari Jepun, Kodai Naraoka di suku akhir.

sumber:- HM

“Saya perlukan kesabaran dalam perlawanan kerana kadang-kala beberapa mata boleh membezakan keputusan perlawanan.”Ada beberapa mata saya boleh dapat daripadanya namun kesilapan sendiri membuatkan saya tewas dalam perlawanan ini,” katanya.