sukan

Piala Asia: Uzbekistan buat India merana

Uzbekistan memperoleh kemenangan dalam aksi kedua saingan Piala Asia Qatar sekaligus meningkatkan peluang mereka ke pentas kalah mati selepas kemenangan 3-0 ke ata India semalam.

Jaringan separuh masa pertama daripada Abbosbek Fayzullayev, Igor Sergeyev dan Sherzod Nasrullayev menoktahkan kemenangan Uzbekistan di Stadium Ahmad bin Ali di mana meletakkan mereka di tempat kedua dengan empat mata.

Kemenangan Uzbekistan bermakna Australia — yang menewaskan Syria 1-0 — yang sudah terjamin ke peringkat kalah mati manakala harapan India kini bergantung kepada kemenangan mereka di perlawanan terakhir berdepan Syria selepas dua kekalahan berturut-turut.

Kedua-dua pasukan berusaha mendapatkan jaringan namun skuad Uzbekistan bimbingan Srecko Katanec yang lebih menyerlah, mendahului pada minit keempat menerusi Fayzullayev.

Uzbekistan kurang bernasib baik untuk menemui gawang tujuh minit kemudian apabila sepakan percuma Jaloliddin Masharipov berjaya menewaskan penjaga gol namun sekadar menggegar palang.

India berusaha untuk mendapatkan jaringan penyamaan namun ia ternyata menghukum mereka apabila anak buah Igor Stimac sekali lagi dibolosi pada minit ke-18 apabila mengambil peluang di sebalik kesilapan Rahul Beke untuk Sergeyev meledak gol kedua perlawanan.

India cuba melawan dan bangkit sejurus sebelum tamat setengah jam apabila Mishra mengancam dengan tandukan menerusi hantaran Sunil Chhetri, sebelum kapten India itu terlepas sasaran pada minit ke-45.

sumber:- SA

Nasrullayev bagaimanapun menjadikan kedudukan 3-0 untuk Uzbekistan pada masa tambahan apabila dia tenang menjaringkan gol sekaligus menoktahkan kemenangan.