sukan

Disebalik dakwaan Arab Saudi tiru Malaysia

Melodi ‘chant’ ekor Harimau Malaya yang kerap didendangkan kumpulan penyokong tegar Ultras Malaya (UM) sememangnya melodi yang sama dengan penyokong negara lain.

Perkara itu dikongsikan wakil jurucakap UM yang enggan dikenali kepada Arena Metro, susulan tular video di laman sosial mengenai dakwaan penyokong Arab Saudi meniru ‘chant’ UM.

“Mereka (penyokong ultras Arab Saudi) memang ada chant sama, tidak hairan pun.”Kerana kebanyakan ultras di seluruh dunia memang mempunyai beberapa chant yang mirip.

“Lagu yang sama kecuali lirik mengikut bahasa negara,” katanya yang turut berada di Doha, Qatar bagi memberi sokongan kepada skuad kendalian Kim Pan-gon yang sedang berjuang di Piala Asia 2023.

Semalam, satu rakaman membabitkan aksi antara Arab Saudi dan Oman menyaksikan sekumpulan penyokong berbaju hijau melaungkan nyanyian mirip chant UM bertajuk ‘Ekor Harimau Sejati’, sambil memukul gendang mengikut rentak sinonim dengan UM.

Susulan itu wujud dakwaan mengaitkan chant Arab Saudi itu menciplak karya berkenaan daripada UM yang diketuai Mohd Ridzuan Ahmad atau popular dengan panggilan Lekir.

Ketika ini, pasukan negara yang diletakkan dalam Kumpulan E memerlukan kemenangan dalam aksi kedua berdepan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad, esok.

sumber:- HM

Buruan tiga mata maksimum penting bagi menghidupkan peluang mengintai slot ke pusingan kalah mati selepas tumbang 0-4 di tangan Jordan pada aksi pertama, Selasa lalu.