sukan

Bintang Thailand teruk dikecam penyokong

Keputusan Ekanit Panya untuk menarik diri daripada Piala Asia 2023 sebagai usahanya untuk mengukuhkan posisi di kelab Jepun, Urawa Red Diamonds, dikecam npenyokong Thailand.

Ekanit berpendapat adalah lebih baik dia memberi fokus sepenuhnya untuk persiapan baru kancah Liga J berikutan Supachok Sarachat and Worachit Kanitsribampen lebih menjadi pilihan merebut barisan utama, maka tempatnya akan digantikan oleh Pica Autra menjelang kempen Gajah Perang di Qatar apabila ditempatkan dalam Kumpulan F di samping Arab Saudi, Kyrgyzstan dan Oman.

Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) mendedahkan pelantikan jurulatih baru, Per-Mathias Hogmo, mendorongnya untuk mencuri perhatian ketika pra-musim dengan sepak mula Liga J 2024 berlangsung hujung bulan depan.

Tindakan pemain sayap itu menerima kecaman hebat daripada penyokong dan meluahkannya di laman sosial FAT dengan berkata: ‘Sejak bila bermain demi lencana di dada kurang penting berbanding kelab anda?’

sumber:- SA

Panya mencipta sejarah muncul pemain ASEAN pertama yang beraksi dalam Piala Dunia Kelab FIFA menerusi edisi 2023.