sukan

Park Hang-seo sanggup tinggalkan Vietnam demi Malaysia

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo, pernah datang untuk satu temu duga jawatan pengendali Harimau Malaya.

Dalam satu wawancara rancangan Bola Itu Life terbitan Astro Arena, Hamidin turut mendedahkan bahawa jurulatih itu turut sanggup menamatkan kontraknya di Vietnam lebih awal demi untuk mendapatkan jawatan berkenaan.

“Jurulatih Park Hang-seo, untuk pengetahuan anda semua, saya dedahkan dalam rancangan ini lah, pada satu ketika dia sudah menjalani temu duga bersama saya.

“Pada ketika itu dia masih bersama Vietnam dan dia sanggup menamatkan kontrak dengan Vietnam.

“Dia bersetuju untuk datang kerana dia berminat untuk melatih pemain naturalisasi yang ada di Malaysia.

sumber:- SA

“Kerana pemain Malaysia memiliki saiz, kualiti dan dia suka dengan pemain seperti Corbin (Ong), (Mohamadou) Sumareh sehingga sanggup membatalkan kontraknya (dengan Vietnam) ketika itu,” katanya.