sukan

Nama Malaysia harum di Qatar

Skuad Harimau Malaya disambut oleh wakil tuan rumah Piala Asia, Qatar, sebaik tiba di Doha menjelang pertemuan dengan Jordan, 15 Januari depan.

Malaysia diberikan venue Qatar University sebagai medan persiapan selain dibekalkan pengangkutan rasmi iaitu sebuah bas.

Dengan kejayaan mara ke pusingan akhir kali ini, ia secara tidak langsung mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila setiap nama dan bendera negara peserta akan tertera di bas masing-masing.

sumber:_ SA

Malaysia akan beraksi di Stadium Janoub, bertemu Bahrian pula di Stadium Jassim Bin Hamad dan kembali beraksi di Stadium Al Janoub untuk bertemu Korea Selatan.