sukan

Nasib Hazwan Bakri selepas berpisah dengan JDT

Kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) tidak akan menjadi penghalang buat bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Hazwan Bakri, untuk terus beraksi dalam kancah Liga Super Musim depan.

Biarpun dilepaskan Harimau Selatan dan berdepan kecederaan lutut serius, pemain berusia 31 tahun itu tetap bersemangat untuk meneruskan kerjayanya sebagai pemain.

Selain itu, Hazwan turut mengakui dia mungkin terpaksa melupakan separuh pertama saingan musim depan bagi memberikan sepenuh perhatian terhadap proses pemulihannya.

“Untuk pengetahuan semua, dalam perlawanan terakhir hari itu, saya mengalami kecederaan lutut ACL,” katanya.
“Sekarang saya dalam proses pemulihan dan sebelum ini sudah ada kelab yang menghubungi saya tetapimemandangkan saya cedera, saya terpaksa menangguhkannya terlebih dahulu.

sumber:- SA

“Kerana saya mahu fokus kepada pemulihan saya terlebih dahulu dan Insya-Allah, kalau perkembangannya baik, saya boleh menyertai pasukan itu dalam jendela perpindahan kedua,” katanya.