Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan berusaha untuk memastikan skuad kebangsaan mendapat aksi ‘pemanas badan’ secukupnya sebelum memulakan aksi Piala Asia 2023 di Qatar, pertengahan bulan depan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman menjelaskan pihaknya sedang dalam proses ‘rundingan’ bagi mendapatkan persetujuan daripada pasukan bertaraf kelab di Qatar yang boleh menjadi lawan buat anak buah Kim Pan Gon itu.
Katanya, badan induk itu sudah pun mengemukakan permohonan kepada kelab terbabit dan pengumuman akan dibuat sejurus mendapat persetujuan.
“Kita faham keperluan pasukan kebangsaan dan kita akan cuba aturkan satu lagi perlawanan buat Harimau Malaya. Buat masa sekarang kita sedang berusaha untuk dapatkan persetujuan daripada salah sebuah kelab Qatar.
“Bagaimanapun saya tidak boleh umumkan lagi kelab mana dan sekarang sedang menanti jawapan daripada mereka,” katanya.
Terdahulu, skuad kebangsaan boleh dianggap berdepan situasi genting menjelang sepak mula Piala Asia 2023 memandangkan mereka hanya berupaya ‘mengasah kuku’ dalam satu perlawanan persahabatan berdepan Syria pada 8 Januari.
Situasi itu jelas mengecewakan Pan Gon yang mengakui satu aksi persahabatan sebelum berentap pada temasya itu tidak mencukupi namun badan induk itu akan meneruskan ikhtiar untuk mendapatkan perlawanan tambahan.
“Sudah tentu tidak cukup (satu perlawanan) tetapi kita akan cuba mengatasi masalah ini. Kita akan cuba mengatur perlawanan dengan mendapatkan pasukan yang boleh kita hadapi sebelum bersaing di Piala Asia 2023 nanti.
sumber:- BH
“Cuma tidak banyak pilihan (di Doha) tetapi kita akan berusaha keras untuk mencari jalan penyelesaiannya,” kata Pan Gon.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More