sukan

JDT akan lepaskan pemain

Juara ‘double quadruple’, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mula berjimat selepas bakal mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30 ke 40 peratus bermula musim depan.

Perkembangan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards menerusi satu hantaran di laman Johor Southern Tigers, hari ini.

“Setelah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek bola sepak termasuk insfrastruktur bola sepak dalam tempoh enam hingga tujuh tahun yang lepas, JDT perlu membuat penstrukturan kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang.

“Kelab telah memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30 ke 40 peratus untuk membolehkan proses tersebut. Kami tidak akan membelanjakan wang. Kami akan mengurangkan perbelanjaan kami,” kata Alistair.

Justeru, Alistair menjelaskan langkah penstrukturan itu akan menyaksikan beberapa perubahan dilakukan pasukan itu bermula musim 2024.

sumber:- BH

“Harimau Selatan akan melakukan transformasi kelab yang akan menyaksikan beberapa perubahan membabitkan kakitangan menjelang musim 2024 dan 2025.”Ini termasuk para pemain dan staf teknikal yang akan dilepaskan oleh kelab,” katanya.