sukan

JDT enggan bertukar ‘mood’

Aksi terakhir Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berdepan Penang FC esok bakal menjelmakan seribu kenangan berikutan sebaik tamat pelawanan itu akan diadakan sambutan besar-besaran bagi menyambut sedekad dominasi kejuaraan Liga Super berturut-turut di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Sambutan kejayaan itu semestinya mahu diwarnai dengan kemenangan buat skuad Harimau Selatan dan pengendali pasukan itu, Esteban Solari bakal mencorak taktikal permainan ampuh apabila melayani kunjungan skuad bimbingan Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Apapun pengendali kelahiran Argentina itu tetap menghormati barisan pemain Penang FC dan beliau merancang akan menurunkan kesebelasan terbaik bagi memastikan hasrat mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 26 perlawanan tidak tercalar dalam kancah liga elit domestik.

“Sudah tentu ia perlawanan penting bagi kami dan tidak akan melepaskan peluang bagi memastikan kemenangan pada aksi terakhir liga musim ini tapi kami tidak boleh terlalu ghairah sebaliknya mengambil pendekatan berwaspada dengan corak permaian Penang.

“Cuma kami tidak dapat menurunkan Shane (Lowry) dan Corbin (Ong) kerana tidak mahu mengambil risiko memandangkan mereka masih belum pulih sepenuhnya akibat cedera dan terbaru Oscar (Arribas) turut mengalami kecederaan.

sumber:- BH

“Kami tidak boleh pandang remeh Penang FC selepas mereka bangkit mengikat Terengganu FC 1-1, baru-baru ini dan ini menunjukkan barisan pemain pasukan itu berkualiti dan memilik semangat juang yang tinggi,” katanya.