sukan

Tang Jie-Ee Wei turut mula langkah kiri di Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF

Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tewas dalam aksi pertama Kumpulan A, Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF kepada pasangan tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, di Hangzhou, China malam tadi.

Wakil negara itu bermula dengan rentak goyah, di mana mereka gagal memberikan saingan selepas kedudukan terikat 2-2, di mana mereka selepas itu tidak pernah dapat mendahului lawan sebelum akur dengan kekalahan mudah 10-21.

Sedikit tentangan dapat dijelmakan Tang jie dan Ee Wei dalam set kedua untuk mengekori rapat mata lawan tetapi sebaik berada di kedudukan 13-15, mereka membenarkan lawan meraih enam mata berturut-turut untuk tewas 21-13.

sumber:- SA

Mereka seterusnya akan menghadapi sandaran Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, bagi aksi kedua esok.