sukan

Mohon Maaf, tidak cukup masa

Selepas beberapa hari kecoh mengenai isu kerosakan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akhirnya tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi kenyataan media, hari ini, PSM memohon maaf kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selaku badan penganjur saingan Piala Malaysia 2023.

PSM turut memohon maaf kepada semua peminat sukan bola sepak negara terutamanya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) yang akan berentap di final Piala Malaysia, esok.

PSM mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay yang berlangsung pada 22 November lalu.

“PSM komited melakukan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengurusan acara di Stadium Nasional pada masa hadapan,” jelas kenyataan itu.

Isnin lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga penaja rumput baharu jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional memuat naik gambar terkini padang di gelanggang berkenaan yang dilihat masih rosak selepas konsert Coldplay.

sumber:- BH

Situasi itu mencetuskan kemarahan peminat bola sepak tempatan kerana padang berkenaan tidak bersedia sepenuhnya bagi aksi final Piala Malaysia.