sukan

Awas Selangor FC

Awas Selangor FC (SFC), saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) tidak seperti Piala AFC!

Saingan ACL2 adalah penjenamaan baharu bagi Piala AFC bermula musim 2024/25 dan meskipun kekal sebagai tier kedua bagi saingan pentas Asia, ACL2 bakal memberikan saingan yang berbeza dan lebih mencabar.

Ini susulan beberapa pasukan daripada negara gergasi bola sepak Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi, Qatar, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan turut menyertai ACL2 di mana mereka sebelum ini tidak ‘layak’ beraksi di pentas Piala AFC.

Antara pasukan yang bakal bersaing di ACL2 musim depan adalah pasukan di tempat ketiga Liga Jepun, pasukan di tempat keempat Liga Korea dan juga juara Piala Raja Arab Saudi.

Selain itu, pasukan di tempat ketiga Liga Qatar, pasukan ketiga Liga Iran serta naib juara Liga Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut mendapat slot ke saingan terbabit untuk musim depan.

Saingan ACL2 juga akan menampilkan beberapa pasukan dari Zon Barat dan Zon Timur yang gagal melepasi ‘play-off’ Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Justeru, penyertaan pasukan dari liga gergasi Asia ini pasti memberikan peluang terbaik untuk menguji sejauh mana kemampuan mereka untuk berentap di saingan Asia.

Setakat ini, hanya empat pasukan termasuk ‘The Red Giants’ sudah mengesahkan tempat ke ACL2 bagi musim 2024/25 di mana semuanya adalah dari Zon Timur.

Tiga lagi pasukan ialah kelab di tangga ketiga Liga Super China, Zhejiang FC; juara Piala Australia, Sydney FC dan juga naib juara Liga Singapura, Lion City Sailors.

sumber:- BH

Antara pasukan di Zon Timur yang turut menyertai SFC di ACL2 nanti ialah naib juara Liga Thailand, juara Liga Vietnam, juara Liga Perdana Hong Kong serta juara Liga Filipina.