Sri Pahang FC menjangkakan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal ‘mengamuk’ pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Ahad ini.
Justeru, penjaga gol Tok Gajah, Zarif Irfan Hashimuddin, berkata dia bersama rakan sepasukan perlu lebih bersedia berdepan serangan skuad Harimau Selatan.
“Saya jangkakan JDT akan mempamerkan persembahan terbaik terutama mereka mahu mengutip tiga mata sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah.
“Lagipun, pada masa sama mereka baharu sahaja dibelasah 0-5 di tangan kelab Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), Selasa lalu.
“Justeru, kami perlu lebih berwaspada dan bekerja keras untuk memastikan tidak kehilangan mata selepas tewas dua perlawanan berturut-turut di tangan PDRM FC dan Penang FC.
“Bagi saya peluang untuk mencatat kemenangan 50-50 tetapi ia tidak mustahil dilakukan untuk menamatkan kedudukan terbaik dalam Liga Super musim ini,” katanya.
Ditanya pemain Harimau Selatan yang perlu diawasi, Zarif Irfan berkata, mereka adalah Arif Aiman Hanapi, Fernando Forestieri, Juan Muniz dan Bergson Da Silva.
Katanya, kelebihan yang dimiliki JDT perlu disekat untuk memastikan keputusan positif diraih di hadapan penyokong Tok Gajah.
“Beraksi di halaman sendiri dengan sokongan diberikan peminat, kami akan berusaha yang terbaik untuk memberikan tentangan kepada JDT,” katanya.
sumber:- BH
Dengan berbaki dua perlawanan saingan Liga Super musim ini, skuad kendalian Fandi Ahmad berada di kedudukan kelima dengan mengutip 44 mata selepas mengharungi 24 perlawanan.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More