sukan

Ng Tze Yong berpeluang sekali lagi lakar kejutan

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berpeluang untuk mempamerkan ‘magisnya’ sekali lagi apabila akan membuat perhitungan dengan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen di pusingan kedua Masters Jepun pada Khamis.

Peluang itu diraih selepas Tze Yong melepasi ujian pertama setelah mengalahkan Wang Tzu Wei dari Taiwan 21-12, 21-11 dalam saingan pusingan pertama di Gimnasium Kumamoto, pada Rabu.

Axelsen pula mara selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo 21-11, 21-7.

Pertemuan Tze Yong yang menghuni ranking ke-15 dunia dengan Axelsen bakal mengulangi aksi mereka ketika saingan Seluruh England, Mac lepas.

sumber:- SH

Tze Yong ketika itu melakar kejutan apabila menyingkirkan Axelsen pada pusingan kedua menerusi kemenangan dalam pertarungan tiga set 21-15, 9-21, 23-21.