sukan

Wira JDT yang kurang diberi perhatian

Dengan keinginan dan keazaman yang tinggi untuk memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai peluang untuk melangkah keperingkat seterusnya, akhirnya berhasil apabila berjaya menundukkan Ulsan Hyundai di laman sendiri.

Ini satu lagi pencapaian yang baik oleh juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu apabila berjaya menggalahkan juara Liga K1 itu buat kali ketiga dalam saingan Liga Juara-juara Asia (ACL).

Sudah tentu dengan kemenangan ini akan terus meningkatkan keyakinan pemain-pemain Harimau Selatan untuk terus bersaing dalam dua lagi baki perlawanan Kumpulan I apabila berhadapan dengan BG Pathum United dan Kawasaki Frontale nanti.

Itu yang diinginkan oleh peminat-peminat Harimau Selatan apabila anak didik Esteban Solari dapat menunjukkan satu karakter dan sikap yang inginkan kemenangan dalam setiap perlawanan.

Itu boleh di lihat dari minit pertama lagi apabila pemain-pemain JDT terus menekan lawan mereka sehingga berjaya mendahului lawan pada penghujung babak pertama dan mencipta jaringan kemenangan pada penghujung babak kedua.

Apa yang menarik perhatian penulis tentang karakter yang di tampilkan Bergson de Silva dan Heberty. Dua pemain ini telah membuatkan pertahanan lawan menjadi huru-hara sepanjang permainan.

Lihat bagaimana dengan kesungguhan yang dipamerkan merek,a ia telah melonjakkan semangat pemain-pemain JDT dan dengan itu, Harimau Selatan berjaya melakukan 19 percubaan 6 tepat ke arah gol.

Jika momentum ini dapat dikekalkan, tidak mustahil untuk juara Liga Super itu dapat menumbangkan Kawasaki Frontale nanti kerana pada perlawanan itulah yang akan menentukan, adakah pasukan dari selatan tanah air itu dapat ke pusingan 16.

sumber:- SA

Sama-sama kita terus memberi sokongan pada Harimau Selatan dalam Liga Juara-juara Asia (ACL).