sukan

Perkhabaran terkini bekas bintang Kelantan ,Daudsu

‘Dulu beraksi atas padang, kini jaga padang’, bekas pertahanan kental Kelantan, Daudsu Jamaludin, mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan membabitkan padang sintetik di Kota Bharu selepas bersara sejak dua tahun lalu.

Berkolaborasi dengan sebuah syarikat pengusaha padang tempatan, Daudsu ketika ditemubual, turut sempat meluahkan perasaan terhadap nasib buruk The Red Warriors.

“Ini merupakan hasil kerjasama rakan-rakan dan saya dalam usaha memastikan negeri Kelantan memiliki padang yang berkualiti dan bersaiz FIFA,” katanya.

“Kualiti menjadi keutamaan kami, mahu mematikan padang yang terbaik dapat dihasilkan untuk barisan pemain yang turun beraksi di atas padang ini mampu mengelak daripada sebarang kecederaan yang tidak diingini.”

Bercakap mengenai pasukan Kelantan FC, Daudsu ternyata bimbang dengan situasi yang dihadapi, terutama mengenai kebajikan pemain.

“Saya berharap sekurang-kurangnya, apa sahaja kemelut yang dihadapi pasukan, gaji pemain perlu dilangsaikan. Kebajikan pemain sangat penting.

sumber:- SA

“Macam mana pemain mahu menghasilkan permainan terbaik, jika gaji mereka tidak diberikan?.”