sukan

Positif dengan kehadiran Leandro dalam skuad Malaysia

Susulan khabar Leandro Velazquez bakal dijadikan pemain naturalisasi terbaru, kapten KL City, Paulo Josue bersetuju dengan usaha itu.

Walaupun wujud persaingan di antara pemain tengah dalam skuad kebangsaan, Paulo tidak menafikan kehebatan Leandro untuk membantu pasukan memenangi Piala Asia 2023 jika diturunkan.

Sementara itu, Paulo berharap dengan kehadiran Leandro, skuad Harimau Malaya dapat memperbaiki ranking dunia yang kini berada di kedudukan ke-137, turun tiga anak tangga berbanding ranking terdahulu.

sumber:- SA

“Semua mengetahui kualiti dimiliki Leandro. Dia sentiasa menghadirkan permainan yang baik ketika bersama JDT,” katanya.
“Kehadirannya mampu meningktkan lagi mutu permainan pasukan Harimau Malaya.”