‘Bienvenido a La, Liga de Malaysia’, bermaksud selamat datang ke Liga Malaysia, ucapan itu ditujukan kepada bekas kapten San Lorenzo, Jalil Elias, apabila diumumkan sebagai ‘arkitek’ baru juara 10 kali Liga Super berturut-turut Johor Darul Ta’zim.
Mengesahkan perkembangan terkini itu, pemilik kelab skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut berkongsi beberapa perkara lain termasuk pemasangan padang hybrid pertama di Malaysia.
Umum mengetahui penanda aras bagi pasukan yang menjuarai Liga Super 10 kali berturut-turut ini sentiasa mahu memastikan keputusan yang positif dijelmakan setiap musim.
Lantas, pemilik kelab, Tunku Ismail, mengesahkan bakal menandatangani pemain bertaraf bintang kelahiran dari benua Amerika Selatan.
sumber:- SA
Bijak mencari ruang serta memiliki kualiti rembatan yang cukup berbisa bakal menggamit saingan Liga Malaysia musim hadapan.