Selepas dua kali berturut-turut mara ke pentas final, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menimbang untuk menarik diri daripada menyertai Terbuka Perancis yang akan membuka tirai esok.
Menurut Zii Jia, keadaan badannya sudah mula keletihan selepas beraksi dua minggu berturut-turut di Terbuka Artic dan Denmark.
“Sejujur-jujurnya, saya masih lagi 50-50 untuk menyertai Terbuka Perancis, sebab ia sudah memasuki minggu ketiga (berturut-turut) dan badan saya sudah mula keletihan,” katanya selepas tumpas di final Terbuka Denmark kepada wakil China Wong Hong Yang 12-21, 6-21 dalam tempoh 33 minit semalam.
Ujar pemain profesional itu, dia perlu membincangkan perkara berkenaan dengan pasukannya, sama ada cergas sepenuhnya untuk meneruskan aksi di Eropah.
“Selepas ini ada Masters China dan Jepun, dua lagi kejohanan besar. Jadi saya harus membuat keputusan dengan tepat,” katanya.Ditanya mengenai kekalahan kepada Hong Yang, pemain kelahiran Kedah itu berkata, banyak perkara negatif yang diperkatakan kepadanya namun dia tenang dengan mengambilnya secara positif.
“Apa yang positif ialah saya mendapat semula keyakinan saya, perancangan permainan. Kami sedang bekerja keras ke arah itu untuk terus kekal konsisten.
sumber:- HM
“Hong Yang memberikan persembahan terbaiknya. Tidak ada apa yang saya mahu perkatakan, dia sangat luar biasa. Saya cuba untuk mengatasinya namun dia konsisten,” kata Zii Jia yang dijadual bertemu kembali lawannya itu seawal pusingan pertama di Terbuka Perancis.