Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan Juan Torres Garrido sebagai ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan yang baharu bagi menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar pada April depan.
Posisi ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaaan kosong selepas E. Elavarasan melepaskan jawatan berkenaan pada 18 September lalu untuk kembali fokus kepada tugasan asalnya sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan.
Garrido yang berasal dari Sepanyol yang lahir pada 19 Januari 1980, sebelum ini merupakan penolong ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan bagi membantu Elavarasan sejak September 2022.
Selepas membuat penelitian dan penilaian menyeluruh, FAM juga telah membuat keputusan untuk memilih dan melantik bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan sebagai penolong ketua jurulatih B-23 kebangsaan yang baharu.