sukan

Tze Yong Cipta Kejutan singkir Juara Dunia

Pemain perseorangan negara, melepasi ujian getis apabila berjaya menyingkirkan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew, dalam saingan Sukan Asia Hangzhou sebentar tadi.

Selepas meraih bye di pusingan pertama, dua wakil dari Asia Tenggara itu turun ke gelanggang di Binjiang Gymnasium in Hangzhou dalam usaha meraih tiket ke pusingan 16.

Tze Yong, pemain muda negara yang telah mula mengorak langkah mendaki ranking dunia selepas berada dalam kelompok 20 pemain terbaik dunia, mempamerkan permulaan yang cukup cemerlang, melakukan beberapa pukulan yang cukup cemerlang dalam mengutip mata ke atas bekas juara dunia itu sebelum menoktahkan kemenangan set pertama 21-12.

Corak permainan Tze Yong dalam set kedua bagaikan seperti sukar diramal Kean Yew yang kerap terperangkap dengan gerakan yang cukup bertenaga wakil negara itu, tenang mendahului 18-12 sebelum memastikan kemenangan 21-14 sekaligus melangkah ke peringkat seterusnya.

sumber:- SA

Kantaphon Wangcharoen dari Thailand menjadi halangan Tze Yong di pusingan 16 sementara Lee Zii Jia bakal berdepan juara dunia Thailand, Kunlavut Vitidsarn.