sukan

Tonggak import bakal berdepan hukuman berat

JUARA 33 kali Piala Malaysia, Selangor FC berkemungkinan terlepas khidmat pemain import Yazan Al-Arab dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Tonggak pertahanan import kelahiran Russeifa, Jordan berusia 27 tahun itu dijangka berdepan hukuman berat selepas dengan sengaja menendang pengadil perlawanan Mohd Hasrol Mohd Amir.

Insiden berlaku selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, Selangor menentang Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad.

Dalam perlawanan berintensiti tinggi yang disaksikan seramai 10, 743 penonton di Kelana Jaya tersebut, menyaksikan bekas bintang Al-Wehdat itu dilayangkan kad merah selepas menyentuh Hasrol.

Kekecewaan kemudiannya diikuti tindakan luar jangka Yazan berkemungkinan disebabkan pemain tersebut terkilan dengan mutu pengadilan dalam perlawanan berprofil tinggi berkenaan.

Selangor pimpinan Tan Cheng Hoe sebelum itu tewas 0-2 kepada barisan pilihan terbaik Tomislav Steinbruckner di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 16 September lalu.

Perlawanan timbal balik kedua menyaksikan Selangor berstatus juara 33 kali itu terpaksa akur apabila sekadar meraih keputusan seri 1-1 sekaligus menyaksikan Terengganu mara ke separuh akhir dengan kemenangan agregat 3-1.

sumber:- SH

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan akan sekali lagi berentap kekuatan pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 29 September ini.