sukan

Selangor sudah sedia gempur

Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe akui anak didiknya sudah bersedia menghadapi serangan Terengganu FC pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kuala Terengganu, malam esok.

Menurut pengendali berpengalaman itu, keyakinan itu hadir selepas melihat pasukannya tampil konsisten dalam dua aksi pemanas badan antarabangsa yang berlangsung di Indonesia sebelum ini.

Dalam dua aksi itu, skuad Red Giants berjaya menundukkan Persiraja Banda Aceh dengan 3-0 sebelum diikat satu lagi kelab iaitu PSIS Semarang 3-3.

“Ia kita menjalani dua perlawanan persahabatan di Indonesia yang says anggap berjaya mencapai objektif.

“Selepas kita kehilangan hampir separuh pemain yang menyertai skuad senior negara dan B-23 yang menyertai kelayakan Piala Asia dan aksi persahabatan.

“Walaupun begitu, pemain yang di bawa menunjukkan aksi yang baik dan saya amat berpuas hati prestasi setiap pemain.

“Aksi dengan Terengganu ini bukan mudah tapi saya percaya pemain saya dah bersedia menghadapi perlawanan itu nanti,” katanya kepada .

sumber:- HM

Selangor FC yang juga juara 33 Piala Malaysia mara ke peringkat lapan terbaik selepas menewaskan PDRM FC dengan agregat 5-3 di pusingan 16 terbaik sebelum ini.