sukan

Memang ada jurang besar

Rekod pertemuan menentang Johor Darul Ta`zim (JDT) yang tidak pernah memihak kepada Negeri Sembilan FC (NSFC), tidak akan melemahkan keyakinan pemain pasukan itu menjelang aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 15 September ini.

Sebaliknya, pemain skuad Hobin Jang Hobin tetap bersemangat dan bertekad untuk terus berusaha meningkatkan prestasi serta kekuatan bagi menghadapi perlawanan yang sukar dan mencabar itu.

Pemain pertahanan kanan NSFC, Che Rashid Che Halim mengakui memang ada jurang besar antara pasukannya dan JDT, bukan sahaja dari segi senarai pemain import tetapi juga pemain tempatan.

Dia yang sudah membuat lebih 150 penampilan dalam liga tempatan sejak 2013 bagaimanapun optimis pasukannya berkeupayaan untuk memberikan tentangan.

“Kami telah ditakdirkan bertemu JDT pada peringkat suku akhir Piala Malaysia dan dalam keadaan apa sekalipun, kami kena hadapinya dengan yakin serta semangat yang tinggi.

sumber:- BH

“Jika melihat kepada rekod pertemuan lalu sememangnya ia aksi sukar, jadi kami perlu membuat persiapan terbaik bagi membolehkan kami dapat memberikan saingan,” katanya.