sukan

Tunggu lepas AFC

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menetapkan jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2023 selepas selesai undian pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2023/2024, esok.

MFL dalam kenyataan, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas tiga kelab Liga Malaysia (Liga-M) terdiri daripada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan beraksi dalam ACL manakala Sabah FC serta Terengganu FC berentap bagi Piala AFC.

“AFC memaklumkan undian bagi kedua-dua pertandingan itu akan berlangsung esok,” menurut kenyataan MFL, hari ini.

Badan pentadbir Liga-M itu mengumumkan perubahan jadual saingan bola sepak tempatan turut membabitkan Liga Super 2023 serta Piala Cabaran 2023.

Edisi ke-21 ACL dan edisi ke-19 Piala AFC dijangka bermula bulan depan hingga Mei 2024.

Saingan suku akhir Piala Malaysia 2023 menyaksikan JDT bakal turun mempertahankan mahkota kejuaraan menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) diikuti Terengganu bertemu Selangor FC; Sabah FC berdepan Perak FC dan Kuala Lumpur City FC akan membuat perhitungan dengan Sri Pahang FC.

sumber:- HM

Aksi suku akhir Piala Malaysia 2023 sepatutnya berlangsung pada 15 September ini manakala perlawanan timbal balik pada 23 September.