sukan

Fergus Tierney permata baharu Malaysia

Taktikal beraksi sebagai ‘supersub’ untuk skuad Bawah 23 tahun (B-23) ternyata menjadi buat penyerang muda negara Fergus Tierney apabila dia meledak dua gol untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia.

Tierney berkata, perancangan pengendali skuad B-23 E Elavarasan yang memasukkan pada separuh masa kedua berjaya menghidupkan jentera serangan untuk merobek kubu Sang Garuda.

Katanya, Elavarasan meletakkan sepenuh kepercayaan untuk mengubah corak permainan pada separuh masa kedua terutamanya manfaatkan peluang terhidang supaya kemenangan berpihak kepada Malaysia.

“Pada peringkat awal lagi saya lihat Kumpulan B dibarisi pasukan yang hebat namun saya percaya pasukan kita mampu melakukannya.

“Sebelum perlawanan jurulatih beritahu saya bahawa saya perlu bersedia untuk masuk pada separuh masa kedua untuk berikan impak kepada bahagian serangan.

“Beliau mempunyai perancangan yang baik dan ternyata keputusan terbabit adalah idea yang bagus dan menjadi pada perlawanan ini,” katanya.

Terdahulu, skuad B-23 negara bermula langkah kanan apabila menumpaskan juara Sukan Sea Kemboja iaitu Indonesia 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B Piala AFF B-23.

Pada perlawanan di Stadium Rayong, Thailand itu menyaksikan kemasukan Tierney di babak kedua nyata membawa impak besar apabila dua jaringannya menghadiahkan kemenangan 2-1.

Kemenangan itu cukup bermakna buat membolehkan skuad negara memulakan kempen dengan langkah kanan di mana anak buah Elavarasan itu disasarkan untuk mara ke pentas final.

Sementara itu, Tierney mengakui Indonesia sememangnya satu pasukan yang kuat dan tidak mudah untuk menewaskan mereka.

“Kita tahu Indonesia adalah sebuah pasukan yang kuat, mereka baru menang pingat emas Sukan Sea pada Mei lalu.

sumber:- HM

“Namun, mereka tidak bernasib baik dalam perlawanan ini tetapi saya ucapkan selamat maju jaya untuk perlawanan seterusnya,” katanya.