sukan

Tiada lagi jurang Tze Yong dan Zii Jia

Ng Tze Yong dengan Lee Zii Jia sudah hampir sama taraf berpandukan aksi kedua-duanya ketika membuat perhitungan di suku akhir Terbuka Australia, minggu lalu.

Perlawanan membabitkan kedua-dua pemain perseorangan lelaki negara itu berlangsung sengit sebelum ia dimenangi Zii Jia dengan keputusan 21-17, 24-26, 21-19.

Jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan, Hendrawan mengakui jurang antara kedua-dua pemain sudah tidak jauh dan ia adalah satu petanda positif buat Malaysia.

“Dulu mungkin kita lihat jurang Tze Yong dengan Zii Jia jauh, ia juga dapat dilihat ketika melakukan persiapan Piala Sudirman sebelum ini, masih dikira ketinggalan.

“Bagaimanapun, di Australia kita nampak dia boleh memberi tentangan, ia satu petanda positif buat Tze Yong. Kita tahu bahawa Tze Yong mempunyai perwatakan di mana jika dia keluarkan permainan terbaiknya, dia pasti ada peluang untuk sekurang-kurangnya memberi tentang sengit.

“Memang dua orang ini (Zii Jia dan Tze Yong) kita harus akui adalah dua pemain perseorangan lelaki terbaik Malaysia setakat ini,” kata Hendrawan.

Sementara itu, mengulas mengenai undian Kejohanan Dunia yang menyaksikan Tze Yong diundi bertemu Zhao Jun Peng dari China di pusingan pertama, Hendrawan percaya tiada apa yang mustahil buat pemain itu sekiranya dia boleh mempamerkan prestasi terbaiknya.

“Apabila sudah memasuki kejohanan besar seperti ini, tiada pilihan buatnya. Dia masih belum sampai pemain yang memperoleh status pilihan. Kita harus menerima apa sahaja keputusan undian.

“Kalau dia menang (pusingan pertama), di pusingan kedua dia bakal berdepan Anders Antonsen. Kedua-dua pemain ini dia belum pernah berjumpa sebelum ini, ia agak menarik untuk dilihat.

sumber:- BH

“Dari segi persiapan semuanya berjalan lancar, saya harap dia cuba yang terbaik di sana dengan fokus satu demi satu terlebih dahulu. Bermula minggu depan kita akan menganalisa permainan kedua-dua lawan itu terlebih dahulu,” katanya.